Skip to main content

TTC : IIUM Fertility

Disclaimer : Blog ini diwujudkan sekadar untuk berkongsi pengalaman dan pendapat. Sebarang pertanyaan boleh email penulis - evira85@gmail.com


Assalamualaikum

Kali pertama kami serius TTC ialah pada tahun 2014 tapi hanya sekadar melawat klinik biasa dan diberikan supplement untuk persedian mengandung.
Berjaya mengandung tetapi tidak berjaya melahirkan, bila usia kandungan mencecah 9minggu, saya mengalami keguguran dan terpaksa melalui D&C. Perasaan masa tu, memang sedih. Sepanjang beberapa tahun, kami juga mencuba perlbagai cara termasuk stress management dan pemakanan. Namun Allah punya perancangan terbaik untuk kami.

Pada pertengahan tahun 2017, kami suami isteri mula berusaha untuk lebih serius dengan melawat ke klinik kesuburan HTAA Kuantan Pahang. Sepanjang temujanji di HTAA, pemeriksaan progestrone level dan sperm count telah dibuat. Namun, disebabkan terlalu lama menunggu untuk ke satu-satu temujanji, dan memandangkan usia kami sudah mencecah 33tahun, doktor menasihati kami untuk membuat temujanji baru di IIUM Fertility. Doktor mencadangkan sebelum umur 35tahun untuk cuba mendapatkan anak dimana tubuh wanita akan berkurangan suburnya selepas dari umur 35tahun. Maka, doktor menulis surat referral bersama result yang sedia ada dan kami menghubungi IIUM Fertility untuk set temujanji. Dari bulan Nov 2017 kami buat panggilan, tarikh yang kami dapat ialah pada akhir bulan 3 2018.

Temujanji pertama di IIUM Fertility, kos yang ditanggung adalah seperti berikut :

Konsultasi : RM80
TVS Scan : RM40
Thallasemia study : RM165 (untuk tahu samada kita ada gen talasemia atau tidak. Masa kami berkahwin dulu, masih tidak diwajibkan. Maka terpaksa buat. Namun kini rasanya tiada masalah sebab gov mewajibkan semua bakal pengantin untuk buat pemeriksaan talasemia)

TOTAL TEMUJANJI PERTAMA : RM285

Temujanji seterusnya adalah untuk prosedur HSG sebelum doktor plan untuk rawatan seterusnya.


Comments

Popular posts from this blog

Tanda awal hamil : Top 10

1. Mengidam Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda. 2. Warna areola menjadi gelap Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. 3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam m