Skip to main content

Posts

TTC : IIUM Fertility

Disclaimer : Blog ini diwujudkan sekadar untuk berkongsi pengalaman dan pendapat. Sebarang pertanyaan boleh email penulis - evira85@gmail.com Assalamualaikum Kali pertama kami serius TTC ialah pada tahun 2014 tapi hanya sekadar melawat klinik biasa dan diberikan supplement untuk persedian mengandung. Berjaya mengandung tetapi tidak berjaya melahirkan, bila usia kandungan mencecah 9minggu, saya mengalami keguguran dan terpaksa melalui D&C. Perasaan masa tu, memang sedih. Sepanjang beberapa tahun, kami juga mencuba perlbagai cara termasuk stress management dan pemakanan. Namun Allah punya perancangan terbaik untuk kami. Pada pertengahan tahun 2017, kami suami isteri mula berusaha untuk lebih serius dengan melawat ke klinik kesuburan HTAA Kuantan Pahang. Sepanjang temujanji di HTAA, pemeriksaan progestrone level dan sperm count telah dibuat. Namun, disebabkan terlalu lama menunggu untuk ke satu-satu temujanji, dan memandangkan usia kami sudah mencecah 33tahun, doktor menasihat
Recent posts

Tanda awal hamil : Top 10

1. Mengidam Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda. 2. Warna areola menjadi gelap Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu. 3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam m